Panduan Dealer BeONE ~ Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua Dealer BSE dan BEP BeONE. Dalam post kali ini admin akan berikan beberapa tips, panduan asas dan isu teknikal yang berkaitan dengan Dealer BeONE.
Applikasi Dealer – BeONE Partner
Setiap rakan niaga wajib muat turun applikasi BeONE Partner. Aplikasi ini digunakan untuk
- Pengaktifan baru.
- Pengaktifan MNP.
- Status pengaktifan.
- Senarai draft pendaftaran.
- Tambah nilai.
- Tambah nilai e-wallet.
- QR pendaftaran sendiri.
Applikasi User – BeONE Prepaid
Setiap pengguna dan rakan niaga wajib muat turun applikasi BeONE Prepaid. Aplikasi ini digunakan untuk
- Pendaftaran SIM.
- Semak baki semasa.
- Pembelian pelan.
- Tambah nilai.
Cara Daftar Nombor Baru BeONE
Untuk daftar nombor baru, kami sarankan anda berikan QR kod Dealer kepada setiap user. QR kod boleh dapatkan melalui applikasi BeONE Partner. Seterusnya, sila tonton video tutorial di bawah bagaimana anda bantu user BeONE buat pendaftaran sendiri atau self registration menggunakan applikasi BeONE Prepaid.
Cara Daftar Simkad MNP BeONE
Untuk pendaftaran Kekal Nombor Lama atau MNP, ada beberapa perkara yang anda perlu semak sebelum memulakan proses pendaftaran. Antaranya syarat MNP adalah :
- Pastikan nombor yang nak dikekalkan tersebut masih AKTIF dan belum di “TERMINATED” oleh telco asal. Jika dalam “GRACE PERIOD” haruslah ditambahnilai terlebih dahulu untuk memastikan nombor aktif dan bersedia untuk balas SMS pengesahan untuk “PORT OUT” dari telco semasa.
- Pastikan nombor yang nak MNP adalah milik user tersebut. Maksudnya semasa user daftar di Telco lama user gunakan IC sendiri. Kalau user ragu-ragu, user boleh call ke Telco asal bagi mengesahkan Pemilik Nombor tersebut. Kalau ada apps yang boleh buat semakan, sila semak di apps tersebut (biasanya sesetengah Telco akan letak nama pemilik nombor pada apps). Sekiranya pemilik nombor adalah orang lain (nombor didaftar dengan IC kakak, abang atau sesiapa sahaja) pendaftaran MNP masih boleh diteruskan dengan syarat mesti dapatkan gambar IC pemilik sebenar.
- Sekiranya user guna Postpaid, pastikan semua bil semasa telah dijelaskan dan tiada baki tertunggak. Pastikan juga tiada kontrak dengan Telco semasa.
- Sekiranya user guna Prepaid pastikan tiada hutang dengan Telco semasa ( SOS topup juga dikira sebagai hutang) dan pastikan ada baki kredit sekurang-kurangnyanya RM 1 bagi memudahkan urusan MNP (biasanya user akan kena reply SMS pengesahan port out dari telco lama, jadi untuk kes ini akan guna kredit).
Sila tonton video tutorial di bawah bagaimana anda bantu user anda daftar simkad MNP BeONE menggunakan applikasi BeONE Prepaid. Pastikan anda beri QR kod kepada user.
Cara Daftar BSE
Sekiranya user anda atau mana-mana pengguna simkad BeONE berminat untuk daftar sebagai rakan niaga, sila berikan semua maklumat di bawah untuk proses pendaftaran BSE di bawah anda.
- Introducer Name :
- Introducer ID :
- Introducer Hp No. :
- Nama BSE Baru :
- No. IC :
- Alamat penghantaran :
- No. Hp BeONE :
- No. Whatsapp :
- No. Telegram :
- Email :
- No. Akaun :
- Nama Bank :
- Penama Akaun :
- Size Baju :
Dokumen lain yang diperlukan adalah gambar IC depan & belakang. Pastikan background berwarna putih. Gambar tidak boleh di CROP. Gambar mestilah jelas dan setiap huruf boleh dibaca. Elakkan pantulan cahaya.
PENTING :
Sila whats app pihak kami terlebih dahulu sebelum berikan semua maklumat di atas bagi menjamin keselamatan maklumat peribadi anda.
Soal Jawab Dealer BeONE
Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.