Categories
PANDUAN PENGGUNA

Cara Topup Beone Prepaid

Home » PANDUAN PENGGUNA » Cara Topup Beone Prepaid

Assalamualaikum wbr dan salam hormat kepada semua pelanggan BeONE. Dalam tutorial kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah cara topup nombor Beone Prepaid kepada anda. Kaedah yang akan ditunjukkan adalah cara topup menggunakan applikasi BeOne prepaid. Pengguna boleh topup secara online tanpa perlu pergi ke mana-mana kedai topup atau berjumpa agen topup.

Sekiranya handphone anda belum install applikasi Beone prepaid, anda boleh muatturun applikasi tersebut terlebih dulu. Klik Di Sini untuk download.

Cara Topup Nombor BeONE Prepaid

  • LANGKAH 1 : Muat turun Applikasi BeONE Pepaid.
  • LANGKAH 2 : Klik Credit Reload. (Rujuk rajah di bawah)
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 3 : Pilih amaun topup. Pelanggan boleh pilih 5 amaun topup yang diberikan iaitu RM10, RM20, RM30, RM40 dan RM50. Tambah nilai minimum untuk nombor Beone adalah RM10 dan pelanggan dapat validity selama 30 hari.
  • LANGKAH 4 : Selepas anda pilih amaun topup, klik button PURCHASE. (Rujuk rajah di bawah)
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 5 : Seterusnya ada 2 (DUA) pilihan tambah nilai yang diberikan iaitu Softpin dan Pinless. Softpin bermaksud anda akan menerima 16 digit pin reload melalui SMS dan anda perlu memasukkan nombor 16 digit pin reload tersebut menggunakan menu USSD. Dail butang 122 dan masukkan kod tambah nilai 16 digit. Contoh : *122*9988773036698888#
  • Pinless bermaksud tambah nilai secara autoreload/automatik sebaik sahaja anda selesai membuat bayaran.
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 6 : Selepas anda pilih kaedah topup, anda boleh klik button PURCHASE.
  • LANGKAH 7 : Seterusnya, sistem akan membuat pengesahan/confirmation nilai topup sebelum anda buat bayaran. Sekiranya anda memasukkan amaun topup yang betul, anda hanya perlu klik button PURCHASE. (Rujuk rajah di bawah)
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 8 : Ini adalah step yang terakhir. Sistem kan redirect ke sistem perbankan online dan anda boleh pembayaran topup melalui bank pilihan anda. Selesai.

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE. Nak belajar cara buat dan LOCK income sebagai dealer BeONE. Klik link whats app di bawah untuk dapatkan panduan step by step. Kami ajar anda sehingga berjaya.