Categories
PANDUAN PENGGUNA

DAFTAR SIMKAD BEONE

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua. Dalam artikel pada kali ini, kami akan tunjukkan panduan step by step cara daftar simkad BeONE. Sebenarnya ada beberapa channel untuk anda daftar prepaid BeONE. Anda boleh beli secara offline direct dengan Dealer BeONE yang berhampiran atau anda boleh beli terus secara online melalui website BeONEMalaysia.com

NOTA : Jika anda sudah ada simkad BeONE, klik link di bawah untuk aktifkan simkad sebelum digunakan.

Cara Daftar Simkad BeONE Secara Online

Okay..

Berikut kami berikan panduan daftar simkad BeONE melalui website ini. Mudah sahaja. Anda cuma buat pesanan dan kami pos sampai ke rumah anda. Ini bagi menjamin keselamatan anda terutamanya ketika pandemik Covid 19 yang sedang mengancam rakyat Malaysia sekarang. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

LANGKAH 1 : Untuk daftar simkad BeONE, sila klik button di bawah.

LANGKAH 2 : Seterusnya klik BELI SIM. (Sila rujuk gambar di bawah)

daftar simkad beone

LANGKAH 3 : Seterusnya anda pilih produk. Anda boleh pilih sama ada ingin guna nombor baru (SP) atau kekalkan nombor lama (MNP). Untuk step ini, anda boleh masukkan kuantiti simkad yang anda nak beli. Kemudian klik button TAMBAH. (Sila rujuk gambar di bawah)

daftar simkad beone

LANGKAH 4 : Okay. Selepas anda klik button tambah, anda akan terus dibawa ke menu troli (Shopping Chart). Semak dengan teliti kuantiti simkad dan jenis produk yang anda pilih tadi. Sekiranya maklumat tepat, anda klik menu SETERUSNYA. (Sila rujuk gambar di bawah)

daftar simkad beone

LANGKAH 5 : Seterusnya sila pilih lokasi penghantaran simkad.

daftar simkad beone

LANGKAH 6 : Selepas pilih lokasi penghantaran simkad, sistem akan memaparkan jumlah bayaran termasuk kos penghantaran yang perlu anda bayar. Seterusnya, klik Proses Pesanan.

daftar simkad beone

LANGKAH 7 : Langkah seterusnya, sila isi borang pesanan. Pastikan maklumat yang anda berikan adalah tepat kerana maklumat ini akan digunakan untuk penghantaran dan pendaftaran simkad anda.

daftar simkad beone

LANGKAH 8 : Step yang terakhir, sebelum anda lakukan pembayaran, sila pastikan nama dealer (NARUL ERWAN SHAH BIN HASAN) dipaparkan. Ini bagi memudahkan pihak kami untuk support sekiranya ada sebarang masalah ketika membeli simkad BeONE.

daftar simkad beone

Nota

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila klik button whats app di bawah. InsyaAllah pihak kami akan membantu anda.

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE. Nak belajar cara buat dan LOCK income sebagai dealer BeONE. Klik link whats app di atas untuk dapatkan panduan step by step. Kami ajar anda sehingga berjaya.

Categories
EKYC PANDUAN PENGGUNA SIMKAD BEONE

SELF REGISTRATION

BeONE Self Registration EKYC ~ Makluman penting kepada semua pengedar atau BeONE partner berkenaan mekanisme terbaru Pendaftaran Simkad BeONE secara online (atas talian) melalui penggunaan EKYC.

Servis ini membolehkan semua pengguna mendaftar simkad BeONE prepaid dengan lebih mudah dan selamat tak kira masa dan tempat. Keselamatan info peribadi pelanggan juga terjamin. Sila ikuti langkah-langkah mudah ini. Sebelum pengaktifan simkad dibuat, sediakan kad pengenalan (IC) dan juga simkad prepaid BeONE.

NOTA : Sila hubungi dealer BSE sekiranya anda telah membeli simkad BeONE daripada dealer tersebut untuk bantuan pendaftaran.

LANGKAH 1

Imbas kod QR di bawah ATAU KLIK DI SINI untuk memulakan proses pengaktifan simkad. Kemudian pilih REGISTER NEW NUMBER.

QR-code-BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 2

Ambil gambar hadapan dan belakang kad pengenalan atau passport anda dengan cara klik button bulat berwarna putih.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 3

Ambil swafoto atau Selfie untuk tujuan pengecaman muka.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 4

Imbas kod bar di pek SIM beONE Prepaid anda.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 5

Sila sahkan nombor telefon beONE Prepaid baharu anda dan klik button Yes. Tahniah, pendaftaran simkad dengan nombor baharu anda dah selesai.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

TONTON VIDEO

Untuk memudahkan urusan anda, sila tonton video di bawah sebelum mengaktifkan simkad beONE.

https://youtu.be/NATJXBRb8Ns?si=_eHwiEBhWNLBdiwi

BeONE Self Registration EKYC

Kami sediakan sedikit info untuk menambah kefahaman anda berkenaan EKYC.

eKYC bermaksud ‘Electronically Know Your Customer’. Ini adalah proses pengaktifan simkad secara online untuk mengesahkan kad SIM atau eSIM yang baru dibeli secara online didaftarkan oleh pengguna yang benar-benar wujud.

Apa itu eKYC SIM activation?

OBJEKTIF BeONE Self Registration EKYC

  • Untuk mengukuhkan proses semasa on-boarding dan untuk meningkatkan kadar pendaftaran pelanggan yang sah dan tulen.
  • Untuk memastikan bahawa pelanggan baru itu benar-benar wujud dan akan menggunakan perkhidmatan kami setelah berjaya membuat pengesahan.

KELEBIHAN

  • Kelebihan BeONE Self Registration EKYC adalah untuk membolehkan Dealer BeONE memperoleh pelanggan secara dalam talian dan mendaftarkan pelanggan yang jauh dari mereka.

  • Dengan ciri ini, pengedar tidak lagi terbatas pada pendaftaran secara bersemuka dengan hanya promote melalui media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan lain-lain platform media sosial) atau dalam Messaging Apps ( WhatsApp, Telegram, dll), dan pengedar tetap mendapat insentif yang sama.

BeONE Self Registration EKYC

Harga simkad kini hanya RM5. Internet percuma 500MB dan tempoh sah 30 hari dengan tambah nilai minimum bulanan RM10.

Ada soalan? Klik sahaja button whats app di atas.

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE.

Categories
PANDUAN PENGGUNA

Panduan Pengguna Simkad Beone

Panduan Pengguna Simkad BeONE

Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pengguna simkad prepaid BeONE, anda akan menerima beberapa kelebihan seperti berikut iaitu:

Kesemua kelebihan ini akan renew setiap bulan selagi simkad anda aktif. Dengan membuat tambah nilai RM10, anda boleh langgan salah satu pelan pilihan Kuasa10 atau pelan redPASS seperti di bawah:

  1. redCALL Panggilan tanpa had kesemua rangkaian.
  2. redVIDEO 10GB data Youtube dan Video.
  3. redSOCIAL 10GB data media sosial.
  4. redMUSIC Music tanpa had melalui saluran radio yang terpilih. (RM5 sahaja)
  5. redSMS 100 sms kesemua rangkaian. Unlimited sesama BeOne Prepaid.
Panduan Pengguna Simkad Beone

ATAU anda juga boleh langgan plan redFAST. Ciri-ciri pelan redFAST adalah seperti di bawah :

  1. 30GB data berkelajuan tinggi tanpa sekatan kelajuan untuk semua aplikasi tanpa pecahan data.
  2. Semua 30GB data boleh hotspot.
  3. Sekiranya 30GB habis digunakan, pengguna boleh Add On RM10 untuk 10GB data.
  4. 10GB data internet asas.
  5. Panggilan tanpa had kesemua rangkaian.
  6. Social Chat tanpa had
Panduan Pengguna Simkad Beone

Download Applikasi BeONE Prepaid

Untuk uruskan akaun prepaid BeONE, semua pengguna boleh download atau muat turun aplikasi Beone Prepaid mengikut OS peranti yang anda gunakan. Melalui applikasi Beone Prepaid, anda akan sentiasa kekal update dengan semua promo, happy hour dan info terkini daripada BeONE.

Aplikasi ini disediakan untuk semua pengguna pelan BeONE Prepaid. Setelah berjaya login, barulah anda boleh menggunakan semua fungsi yang disediakan pada aplikasi ini seperti:

  • Uruskan semua akaun BeONE milik anda dalam satu aplikasi.
  • Membuat bayaran topup akaun prepaid secara online.
  • Pengurusan data internet seperti pembelian dan add-ons data.
  • Terima makluman berita, info dan update promosi terkini.
  • Lihat reward dan tebus ganjaran.
  • Info careline, Live chat dan banyak lagi fungsi-fungsi lain yang memudahkan anda.

Anda boleh download applikasi Beone prepaid melalui menu di bawah:

Panduan Pengguna Simkad Beone
Panduan Pengguna Simkad Beone

Selepas muat turun, untuk penggunaan kali pertama applikasi ini, klik pada Sign Up dan masukkan nombor telefon BeONE anda. Password akan dihantar melalui SMS dan masukkan password tersebut dan klik ‘Login’.

Cara Topup Nombor BeONE

Untuk topup atau tambah nilai nombor prepaid BeONE, pengguna boleh menggunakan aplikasi BeOne Prepaid. Selain dari mengggunakan aplikasi, pengguna juga boleh topup prepaid BeONE di kedai berhampiran seperti 7 Eleven, Epay dan melalui Dealer sah BeONE. Pengguna juga boleh membuat pembelian topup secara online melalui applikasi Beone Prepaid.

KLIK DI SINI untuk tutorial cara top up nombor BeONE menggunakan applikasi BeONE prepaid.

Cara Langgan Pelan BeONE melalui USSD

Selain menggunakan aplikasi BeONE prepaid, pengguna juga boleh melanggan plan BeONE melalui menu USSD. Baca tutorial melalui https://www.beonemalaysia.com/cara-langgan-plan-beone-prepaid/

Diharap panduan pengguna simkad Beone Pepaid ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan urusan anda menggunakan simkad BeONE. Sebarang perubahan serta pertambahan informasi mengenai pelan dan sebagainya akan dikemaskini semula pada masa akan datang.

Tawaran Menjadi Dealer BeONE Kini Dibuka!

Anda berminat nak daftar sebagai Pengedar BeONE? Ayuh sertai kami! Cipta pendapatan pasif tanpa had dan cipta kerjaya baru dengan menjadi Rakan Niaga BeOne yang mana memberikan anda peluang untuk mengubah kehidupan, kerjaya dan pendapatan anda!

Panduan Pengguna Simkad Beone

Kelebihan Dealer BSE

Untuk Ketahui Lebih Lanjut Kelebihan Dealer BSE, Klik Button Di Bawah

Panduan Pengguna Simkad Beone

Dapatkan Bonus Percuma Kit Dealer BeOne

Kit Sistem Bantu Mula Yang Disediakan oleh Pihak Kami Terbukti Membantu Dealer Mencapai Unlimited Income di BeOne

Anda Boleh Lihat Testimoni dan Simulasi Pendapatan Dealer BeOne

Jom tengok simulasi dan testimoni Dealer BeONE. Sebagai dealer BeONE, anda mampu mencapai pendapatan EMPAT hingga LIMA ANGKA Sebulan!

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.

Categories
PANDUAN PENGGUNA

Cara Topup Beone Prepaid

Assalamualaikum wbr dan salam hormat kepada semua pelanggan BeONE. Dalam tutorial kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah cara topup nombor Beone Prepaid kepada anda. Kaedah yang akan ditunjukkan adalah cara topup menggunakan applikasi BeOne prepaid. Pengguna boleh topup secara online tanpa perlu pergi ke mana-mana kedai topup atau berjumpa agen topup.

Sekiranya handphone anda belum install applikasi Beone prepaid, anda boleh muatturun applikasi tersebut terlebih dulu. Klik Di Sini untuk download.

Cara Topup Nombor BeONE Prepaid

  • LANGKAH 1 : Muat turun Applikasi BeONE Pepaid.
  • LANGKAH 2 : Klik Credit Reload. (Rujuk rajah di bawah)
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 3 : Pilih amaun topup. Pelanggan boleh pilih 5 amaun topup yang diberikan iaitu RM10, RM20, RM30, RM40 dan RM50. Tambah nilai minimum untuk nombor Beone adalah RM10 dan pelanggan dapat validity selama 30 hari.
  • LANGKAH 4 : Selepas anda pilih amaun topup, klik button PURCHASE. (Rujuk rajah di bawah)
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 5 : Seterusnya ada 2 (DUA) pilihan tambah nilai yang diberikan iaitu Softpin dan Pinless. Softpin bermaksud anda akan menerima 16 digit pin reload melalui SMS dan anda perlu memasukkan nombor 16 digit pin reload tersebut menggunakan menu USSD. Dail butang 122 dan masukkan kod tambah nilai 16 digit. Contoh : *122*9988773036698888#
  • Pinless bermaksud tambah nilai secara autoreload/automatik sebaik sahaja anda selesai membuat bayaran.
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 6 : Selepas anda pilih kaedah topup, anda boleh klik button PURCHASE.
  • LANGKAH 7 : Seterusnya, sistem akan membuat pengesahan/confirmation nilai topup sebelum anda buat bayaran. Sekiranya anda memasukkan amaun topup yang betul, anda hanya perlu klik button PURCHASE. (Rujuk rajah di bawah)
Cara Topup Beone Prepaid
  • LANGKAH 8 : Ini adalah step yang terakhir. Sistem kan redirect ke sistem perbankan online dan anda boleh pembayaran topup melalui bank pilihan anda. Selesai.

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE. Nak belajar cara buat dan LOCK income sebagai dealer BeONE. Klik link whats app di bawah untuk dapatkan panduan step by step. Kami ajar anda sehingga berjaya.

Categories
PANDUAN PENGGUNA

Tempoh Sah Plan BeONE Prepaid

Assalamualaikum wbr dan salam hormat kepada semua pengguna simkad BeONE prepaid. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan dengan lebih detail mengenai tempoh sah plan BeONE prepaid. Sebenarnya ada beberapa soalan yang ditanya oleh pengguna simkad BeONE.

Antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelanggan adalah seperti berikut:

  1. Apakah akan terjadi dengan pelan data yang masih aktif sekiranya tempoh hayat atau validity simkad telah tamat?
  2. Adakah pelan data yang masih aktif akan tamat atau sebaliknya?
  3. Adakah pelanggan terpaksa tambah nilai atau topup untuk terus menggunakan plan data tersebut?
  4. Adakah pelanggan masih boleh melayari internet tanpa melakukan tambah nilai disebabkan plan data masih aktif?

Bagi menjawab kesemua persoalan di atas, anda boleh rujuk grafik di bawah berhubung dengan tempoh sah plan BeONE prepaid.

Tempoh Hayat Plan BeONE Prepaid

Tempoh Sah atau Validity Plan BeOne

Dengan merujuk kepada grafik di atas, sebagai kesimpulan pengguna perlu memastikan validity atau tempoh sah simkad sentiasa aktif untuk terus menggunakan pelan data BeONE.

Bagaimana dengan tempoh hayat simkad BeONE? Anda boleh baca artikel kami sebelum ini. KLIK DI SINI

Tempoh Sah Plan BeONE Prepaid

Tawaran Menjadi Dealer BeONE

Jom sertai kami sebagai dealer sah BeONE. Sebagai pengedar sah BeONE anda boleh lonjakkan income yang sangat lumayan. Dapatkan Percuma website promosi simkad BeONE jika anda sertai kami ~ Sistem Bantu Mula Yang Disediakan oleh Pihak Kami Terbukti Membantu Dealer Mencapai Unlimited Income di BeONE

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE. Nak belajar cara buat dan LOCK income sebagai dealer BeONE. Klik link whats app di bawah untuk dapatkan panduan step by step. Kami ajar anda sehingga berjaya.

Categories
PANDUAN PENGGUNA

Tempoh Hayat Simkad Beone

Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tempoh hayat simkad Beone. Sebaik sahaja pendaftaran dan pengaktifan simkad berjaya dibuat, simkad anda akan mengikut kitaran seperti dalam jadual di bawah.

Kitaran ini sah sekiranya pelanggan tidak pernah melakukan sebarang tambah nilai atau topup ke atas nombor Beone yang digunakan. Sekiranya anda ingin membuat tambah nilai, anda boleh lihat panduan pengguna simkad BeONE. KLIK DI SINI.

HARISTATUSSERVIS
1 – 30 hariAktifSemua servis aktif
1 – 30 hariBarred (Tiada kredit)Dibenarkan membuat panggilan ke nombor BeONE prepaid sahaja.
Boleh menerima panggilan masuk dan data masih lagi aktif
31 – 80 hariSuspendBoleh menerima panggilan masuk sahaja
81 – 90 hariDisableTiada sebarang servis yang aktif
91 hariTerminatedCaller ID Terminated
Jadual Tempoh Hayat Simkad BeONE

Penerangan

Hari 1 sehingga hari ke 30 – Kitaran akaun prabayar bermula di sini. Status bertukar menjadi AKTIF sebaik sahaja pendaftaran dan pengaktifan simkad berjaya dibuat. Dalam tempoh ini semua servis adalah aktif.

Status bertukar menjadi DIGANTUNG (Barred) selepas tamat tempoh aktif. Di dalam tempoh ini, anda dibenarkan membuat panggilan ke nombor BeONE prepaid sahaja. Panggilan keluar dan penghantaran SMS ke lain Telco tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan. Simkad anda masih boleh menerima panggilan masuk dan data masih lagi aktif

Hari 31 sehingga hari ke 80 – Status bertukar menjadi DISEKAT (Suspend) selepas 30 hari digantung. Dalam tempoh ini, simkad anda hanya boleh menerima panggilan masuk sahaja.

Hari 81 sehingga hari ke 90 – Akaun Beone anda akan disable. Ketika ini tiada lagi sebarang servis yang aktif.

Hari 91 – Simkad anda akan DITAMATKAN (Terminated)

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.

Categories
PANDUAN PENGGUNA

Setting APN Simkad BeONE

Dalam artikel kali ini, admin akan tunjukkan cara setting APN simkad BeONE. Bagi pengguna simkad BeONE, APN secara asasnya sudah tersedia daripada Celcom kerana BeONE adalah syarikat MVNO kepada Celcom. Dengan APN Celcom ini, pengguna BeONE sudah boleh melayari internet.

Pengguna juga boleh buat tetapan APN secara manual sekiranya peranti android atau apple yang anda gunakan tidak dapat detect tetapan APN secara automatik. Anda perlu edit APN sedia ada atau buat tetapan APN yang baru (Create new APN). Kemudian ‘Save’ dan aktifkan APN yang baru dibuat. Anda perlu restart telefon setelah mengubah tetapan APN.

Tetapan APN BeONE Android

Klik Setting >> More >> Mobile Network >> Access Point Names >> + (to add)

Seterusnya set seperti di bawah

PILIHAN 1PILIHAN 2
Name : RedoneName : celcom3g
APN : redOne4gAPN : celcom3g

Tetapan APN BeONE IOS/iPhone

Klik Setting >> Cellular >> Cellular Data Options >> Cellular Network >> APN

ATAU

Klik Setting >> Mobile Data >> Mobile Data Options >> Mobile Data Network >> APN

Seterusnya set seperti di bawah

PILIHAN 1PILIHAN 2
APN : redOne4gAPN : celcom3g

Paparan di bawah menunjukkan setting APN simkad BeONE yang dah siap pada telefon.

APN Simkad BeONE

Sebagai maklumat tambahan, berikut kami sediakan sedikit informasi mengenai APN dan mengapa pengguna perlu setting APN dengan betul supaya pengguna dapat menikmati kepuasan berintenet.

APAKAH APN DAN FUNGSINYA?

Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yang menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet dan akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yang mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yang dimasukkan.

Tetapi ada peranti yang menggunakan firmware atau custom rom yang tiada database APN di mana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya ‘kosong’ di mana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.

Nota : Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yang tersimpan untuk sambungan pelayan (server) telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.

KENAPA PERLU MEMBETULKAN APN?

Pernahkah anda tiba-tiba mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan ‘3G’ atau ‘H’. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yang dikenali sebagai APN.

BAGAIMANAKAH CARA NAK SETTING APN UNTUK SIMKAD BEONE?

Cara setting APN internet BeONE untuk Android

  1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names.
  2. Klik di bawah dan pilih +New APN.
  3. Setkan Name sebagai redOne4g.
  4. Setkan APN sebagai redOne4g.
  5. Klik di bawah dan pilih Save.
  6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
  7. Kemudian pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network Mode.
  8. Pilih WCDMA atau 4G/3G/2G only.
  9. Restart semula handphone.

Anda juga boleh tonton video di bawah untuk dapatkan panduan setting APN simkad BeONE

https://youtu.be/4f-bTm1W06Q

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.

Categories
PANDUAN PENGGUNA

Langgan Plan BeONE

Cara Langgan Plan BeONE

Dalam tutorial kali ini, admin akan tunjukkan kepada semua pengguna simkad prepaid BeONE, cara untuk langgan plan BeONE. Buat masa ini, BeONE prepaid hanya menawarkan 2 plan iaitu plan Kuasa10 dan Plan Kuasa30. Sekiranya anda belum menggunakan simkad BeONE, sila beli terlebih dulu. Untuk beli simkad BeONE, sila KLIK DI SINI.

Ada 2 cara untuk langgan plan BeONE iaitu menggunakan USSD CODE dan langgan menggunakan applikasi/apps prepaid User. Untuk tutorial kali ini, kami akan lebih fokus kepada kaedah langganan plan BeONE menggunakan USSD CODE *108#

Cara Langgan Plan BeONE guna USSD *108#

  1. Dail *108# langgan-plan-beone-prepaid
    • Tekan 1 untuk semak baki dan validiti kredit.
    • Tekan 2 untuk langgan plan redDATA. langgan plan beone prepaid
  2. Untuk paparan plan ini, anda boleh pilih plan pilihan yang anda ingin langgan.
    • Tekan 2 untuk Plan 30 (Red Data) langgan-plan-beone-prepaid
    • Tekan 1 untuk beli langgan-plan-beone-prepaid
    • Tekan 1 sekali lagi untuk confirmation langganan
    • Selesai.
    • PERINGATAN : Anda boleh ulang step yang sama jika anda ingin langgan plan redDATA Plus/RM10.

Cara Langgan redPASS

  1. Dail *108#
  2. Tekan 3 untuk langgan plan redPASS. langgan-plan-beone-prepaid
    • Tekan 1 untuk Video
    • Tekan 2 untuk Sosial
    • Tekan 3 untuk Music
    • Tekan 4 untuk Call
    • Tekan 5 untuk SMS
    • langgan-plan-beone-prepaid
  3. PERINGATAN : Lepas pilih salah satu di atas, lanjutkan dengan tekan 1 untuk auto renew atau tekan 2 untuk langganan sekali sahaja. Kemudian tekan 1 sekali lagi untuk confirmation langganan.
Langgan Plan BeONE

Tawaran Menjadi Dealer BeONE Kini Dibuka!

Anda berminat nak daftar sebagai Pengedar BeONE? Ayuh sertai kami! Cipta pendapatan pasif tanpa had dan cipta kerjaya baru dengan menjadi Rakan Niaga BeOne yang mana memberikan anda peluang untuk mengubah kehidupan, kerjaya dan pendapatan anda!

Langgan Plan BeONE

Kelebihan Dealer BSE

Untuk Ketahui Lebih Lanjut Kelebihan Dealer BSE, Klik Button Di Bawah

Langgan Plan BeONE

Dapatkan Kit Dealer BeOne

Kit Sistem Bantu Mula Yang Disediakan oleh Pihak Kami Terbukti Membantu Dealer Mencapai Unlimited Income di BeOne

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.