Categories
Plan

Pelan Panggilan Simkad Beone

Home » Plan » Pelan Panggilan Simkad Beone

Pengenalan

Apakah kadar dan pelan panggilan simkad BeONE? Prepaid BeONE masih baru dalam pasaran telekomunikasi Malaysia dan produk ini dilancarkan secara rasminya bulan Januari 2021. Mungkin ada pengguna yang kurang jelas tentang caj yang dikenakan oleh BeONE untuk membuat panggilan ataupun menghantar SMS.

BeONE menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian setiap pengguna. Selain kadar biasa yang kompetitif, BeONE juga menawarkan lebih penjimatan ke atas kadar panggilan simkad BeoNE sekiranya pelanggan membuat langganan pelan yang sesuai dengan penggunaan bulanan.

Asas Prepaid Simkad BeONE

Secara asasnya, sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pengguna simkad BeONE, anda akan menerima beberapa kelebihan seperti berikut iaitu:

1. Kredit tersedia RM5.

2. Tempoh had sah kredit (validity) 30 hari.

3. Unlimited call Beone ke Beone.

4. Percuma 1 GB data MCO setiap hari.

Kesemua kelebihan ini akan renew setiap bulan selagi simkad anda aktif. Sekiranya anda tidak melanggan sebarang pelan yang ditawarkan oleh BeONE, anda akan dicaj seperti di bawah:

1. Caj Panggilan RM 0.16 per minit.

2. Panggilan percuma sesama rangkaian BeONE.

3. Caj SMS RM 0.15 sen kesemua rangkaian.

4. Caj SMS ke BeONE prepaid RM 0.10 sen.

Berapakah Kadar dan Caj Panggilan Simkad BeONE sekiranya Pengguna Membuat Langganan Plan?

Pelan Kuasa10

Plan Kuasa 10 menawarkan 5 pakej RedPASS kepada pengguna iaitu:

  1. redCALL Panggilan tanpa had kesemua rangkaian.
  2. redSOCIAL 10GB data media sosial.
  3. redVIDEO 10GB data Youtube dan Video.
  4. redSMS 100 sms kesemua rangkaian. Unlimited sesama BeOne Prepaid.
  5. redMUSIC Music tanpa had melalui saluran radio yang terpilih

Dengan tambah nilai RM10, pelanggan boleh mengaktifkan pelan Kuasa 10 BeONE. Anda boleh langgan salah satu plan redPASS Kuasa10 seperti dalam gambar di bawah.

Pelan Panggilan Simkad Beone

CATATAN:

Sekiranya pengguna memilih untuk mengaktifkan langganan redCALL, pelanggan akan menikmati panggilan unlimited kesemua rangkaian dengan bayaran RM10 sahaja. Kadar panggilan ini sangat murah dan pengguna boleh call sampai lebam.

Panggilan tanpa had kesemua rangkaian (redCALL) ini tidak termasuk panggilan ke 1300/1700/1800 , IDD dan roaming. Jika pelanggan tidak melanggan redCALL, caj panggilan kesemua rangkaian ialah RM0.16 seminit.

Baca ini..

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.