Categories
PANDUAN PENGGUNA

Tempoh Hayat Simkad Beone

Home » PANDUAN PENGGUNA » Tempoh Hayat Simkad Beone

Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tempoh hayat simkad Beone. Sebaik sahaja pendaftaran dan pengaktifan simkad berjaya dibuat, simkad anda akan mengikut kitaran seperti dalam jadual di bawah.

Kitaran ini sah sekiranya pelanggan tidak pernah melakukan sebarang tambah nilai atau topup ke atas nombor Beone yang digunakan. Sekiranya anda ingin membuat tambah nilai, anda boleh lihat panduan pengguna simkad BeONE. KLIK DI SINI.

HARISTATUSSERVIS
1 – 30 hariAktifSemua servis aktif
1 – 30 hariBarred (Tiada kredit)Dibenarkan membuat panggilan ke nombor BeONE prepaid sahaja.
Boleh menerima panggilan masuk dan data masih lagi aktif
31 – 80 hariSuspendBoleh menerima panggilan masuk sahaja
81 – 90 hariDisableTiada sebarang servis yang aktif
91 hariTerminatedCaller ID Terminated
Jadual Tempoh Hayat Simkad BeONE

Penerangan

Hari 1 sehingga hari ke 30 – Kitaran akaun prabayar bermula di sini. Status bertukar menjadi AKTIF sebaik sahaja pendaftaran dan pengaktifan simkad berjaya dibuat. Dalam tempoh ini semua servis adalah aktif.

Status bertukar menjadi DIGANTUNG (Barred) selepas tamat tempoh aktif. Di dalam tempoh ini, anda dibenarkan membuat panggilan ke nombor BeONE prepaid sahaja. Panggilan keluar dan penghantaran SMS ke lain Telco tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan. Simkad anda masih boleh menerima panggilan masuk dan data masih lagi aktif

Hari 31 sehingga hari ke 80 – Status bertukar menjadi DISEKAT (Suspend) selepas 30 hari digantung. Dalam tempoh ini, simkad anda hanya boleh menerima panggilan masuk sahaja.

Hari 81 sehingga hari ke 90 – Akaun Beone anda akan disable. Ketika ini tiada lagi sebarang servis yang aktif.

Hari 91 – Simkad anda akan DITAMATKAN (Terminated)

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.