Categories
PANDUAN PENGGUNA

Setting APN Simkad BeONE

Home » PANDUAN PENGGUNA » Setting APN Simkad BeONE

Dalam artikel kali ini, admin akan tunjukkan cara setting APN simkad BeONE. Bagi pengguna simkad BeONE, APN secara asasnya sudah tersedia daripada Celcom kerana BeONE adalah syarikat MVNO kepada Celcom. Dengan APN Celcom ini, pengguna BeONE sudah boleh melayari internet.

Pengguna juga boleh buat tetapan APN secara manual sekiranya peranti android atau apple yang anda gunakan tidak dapat detect tetapan APN secara automatik. Anda perlu edit APN sedia ada atau buat tetapan APN yang baru (Create new APN). Kemudian ‘Save’ dan aktifkan APN yang baru dibuat. Anda perlu restart telefon setelah mengubah tetapan APN.

Tetapan APN BeONE Android

Klik Setting >> More >> Mobile Network >> Access Point Names >> + (to add)

Seterusnya set seperti di bawah

PILIHAN 1PILIHAN 2
Name : RedoneName : celcom3g
APN : redOne4gAPN : celcom3g

Tetapan APN BeONE IOS/iPhone

Klik Setting >> Cellular >> Cellular Data Options >> Cellular Network >> APN

ATAU

Klik Setting >> Mobile Data >> Mobile Data Options >> Mobile Data Network >> APN

Seterusnya set seperti di bawah

PILIHAN 1PILIHAN 2
APN : redOne4gAPN : celcom3g

Paparan di bawah menunjukkan setting APN simkad BeONE yang dah siap pada telefon.

APN Simkad BeONE

Sebagai maklumat tambahan, berikut kami sediakan sedikit informasi mengenai APN dan mengapa pengguna perlu setting APN dengan betul supaya pengguna dapat menikmati kepuasan berintenet.

APAKAH APN DAN FUNGSINYA?

Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yang menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet dan akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yang mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yang dimasukkan.

Tetapi ada peranti yang menggunakan firmware atau custom rom yang tiada database APN di mana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya ‘kosong’ di mana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.

Nota : Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yang tersimpan untuk sambungan pelayan (server) telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.

KENAPA PERLU MEMBETULKAN APN?

Pernahkah anda tiba-tiba mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan ‘3G’ atau ‘H’. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yang dikenali sebagai APN.

BAGAIMANAKAH CARA NAK SETTING APN UNTUK SIMKAD BEONE?

Cara setting APN internet BeONE untuk Android

  1. Pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Access Point Names.
  2. Klik di bawah dan pilih +New APN.
  3. Setkan Name sebagai redOne4g.
  4. Setkan APN sebagai redOne4g.
  5. Klik di bawah dan pilih Save.
  6. Klik pada butang APN baru anda sehingga kelihatan tanda hijau.
  7. Kemudian pergi ke Settings >> More Settings >> Mobile Network >> Network Mode.
  8. Pilih WCDMA atau 4G/3G/2G only.
  9. Restart semula handphone.

Anda juga boleh tonton video di bawah untuk dapatkan panduan setting APN simkad BeONE

https://youtu.be/4f-bTm1W06Q

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.