Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua BSE BeONE. Tutorial kali ini adalah berkenaan dengan eWallet yang merangkumi maksud eWallet dan cara cash out eWallet ke akaun bank. Apabila anda mendaftar sebagai rakan niaga BeONE, secara automatik anda akan mempunyai akaun E-wallet. Jadi, ilmu berkenaan e-wallet ini sangat penting untuk setiap dealer BeONE.
Apakah sebenarnya eWallet BeONE?
E-wallet adalah dompet digital untuk anda menyemak transaksi, lakukan tambah nilai dan hierarki komisen. Atau dalam maksud lain, E-wallet adalah akaun digital setiap BSE BeONE. Fungsi akaun e-wallet adalah seperti berikut iaitu:
- Jual topup kepada user BeONE.
- Setiap dealer BeONE boleh melakukan tambah nilai atau topup ke atas semua nombor BeONE.
- Melihat rekod transaksi penerimaan insentif atau komisen yang dibayar oleh HQ BeONE.
- HQ BeONE akan membuat pembayaran insentif dealer terus ke akaun e-wallet. Rakan niaga boleh membuat pengeluaran wang e-wallet ke mana-mana akaun bank mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Cara Cash Out Duit
Seterusnya kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana nak cash out atau keluarkan wang dari akaun E-wallet ke akaun bank anda. Part yang paling best! Minimum pengeluaran wang dari akaun ewallet adalah RM200. Sila ikut step di bawah.
LANGKAH 1 :
klik link https://login.redone.com.my/OneLogin/. Seterusnya masukkan username dan password anda.
LANGKAH 2 :
klik menu “E-wallet”.
LANGKAH 3 :
Seterusnya klik menu “Request”.
LANGKAH 4 :
Pilih “Cash Out” dan masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
Step terakhir, klik “Submit” dan lihat tarikh cash out yang telah diberikan (Hanya tarikh tersebut dibenarkan untuk cash out).
Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE. Sekiranya anda telah mendaftar sebagai rakan niage BeONE, anda boleh dapatkan panduan lengkap Pengedar BeONE DI SINI.