Categories
UNLIMITED INTERNET

Plan Unlimited Data Beone

Home » UNLIMITED INTERNET » Plan Unlimited Data Beone

Dalam artikel kali ini, pihak kami di BeONEMalaysia.com ingin membahaskan apa yang anda dapat sekiranya anda daftar sebagai pengguna simkad BeONE Prepaid. Artikel lebih fokus kepada terma unlimited data atau internet tanpa had seperti yang diinginkan oleh setiap pengguna Telco. Adakah simkad prepaid BeONE tawarkan plan unlimited data BeONE.

BeONE sangat telus dan amat mementingkan kualiti data atau kelajuan internet yang diberikan kepada setiap pengguna. BeONE tidak seperti lain-lain telco yang sering mengiklankan plan unlimited data tetapi sebaliknya mereka membuat catuan kelajuan internet yang diberikan kepada setiap pengguna apabila data yang digunakan mencapai kuota tertentu.

Sebagai contohya, pelanggan dapat seperti yang dijanjikan iaitu data unlimited tetapi apabila penggunaan data mencapai kuota tertentu, kelajuan data semakin perlahan. Ini bermaksud, simkad yang anda guna sekarang ada sekatan kelajuan ketika anda menggunakan internet. Ada juga beberapa kes user kehilangan kredit disebabkan kuota data telah habis kerana adanya terma Pay Per Use yang tidak disedari oleh pengguna.

Plan Internet BeONE Adakah Bersifat Unlimited atau Sebaliknya?

BeONE adalah telco baru yang telus dan simkad BeONE tampil sebagai produk yang tidak membebankan pengguna, harga yang sangat berpatutan, panggilan jimat dan mempunyai internet berkelajuan tinggi tanpa sekatan kelajuan.

BeONE tidak berikan plan data yang bersifat unlimited, dan dalam artikel ini pihak kami akan jelaskan apa yang pengguna dapat sebaik sahaja mereka melanggan plan internet BeONE. Plan data BeONE menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Anda cuma pastikan anda membuat tetapan yang betul dan anda akan dapat plan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) dengan kelajuan 4G LTE.

Buat masa ini BeONE menawarkan 2 pelan iaitu Plan Kuasa10(redPASS) dan Plan Kuasa30(redFAST).

Plan Kuasa10 (redPASS)

Plan Unlimited Data Beone

Plan Kuasa10 serendah RM10 memberikan pelanggan plan yang fleksible. Anda boleh pilih mana-mana pelan yang anda suka.

  1. redCall – redCall adalah panggilan percuma kesemua rangkaian
  2. redSosial – redSocial adalah data bagi penggunaan applikasi media sosial seperti facebook, instagram, whats app dan wechat. Data yang diberikan adalah 10Gb data berkelajuan tinggi
  3. redVideo – redVideo adalah 10GB data highspeed bagi penggunaan video melalui applikasi Youtube, Youtube Kids, Netflix, Iflix, Dimsun, Eros Now, Viu dan Astro GO.
  4. redSMS – Dengan melanggan pakej ini, pengguna layak untuk menghantar 100 sms ke semua rangkaian dan unlimited SMS sesama rangkaian.
  5. redMusic – Dengan melanggan redMusic pengguna akan dapat unlimited music melalui applikasi Joox, Spotify, Hungama, Kkbox, Astro Arena, Syok FM, One FM, Hot FM dan Fly FM

Plan Kuasa30 (redFAST)

Plan Unlimited Data Beone

RedFAST adalah pakej DATA termurah di mana pengguna akan dapat 30GB data berkelajuan tinggi, 10GB Basic data dan Panggilan tanpa had kesemua rangkaian. Dengan redFAST pengguna juga layak membeli tambahan data redPLUS dengan hanya RM10 untuk 10GB semua aplikasi. Harga plan RedFAST adalah RM30 dan ciri-ciri redFAST adalah seperti di bawah:

  1. 30Gb data berkelajuan tinggi tanpa sekatan kelajuan untuk semua aplikasi tanpa pecahan data.
  2. Semua 30Gb data boleh hotspot.
  3. Sekiranya 30Gb habis digunakan, pengguna boleh Add On RM10 untuk 10Gb data.
  4. 10Gb data internet asas.
  5. Panggilan tanpa had kesemua rangkaian.
  6. Social Chat tanpa had.
Plan Unlimited Data Beone

Beli Simkad Prepaid BeONE Hari Ini Jugak!

Jangan tunggu sehingga simkad kehabisan stok

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE. Nak belajar cara buat dan LOCK income sebagai dealer BeONE. Klik link whats app di bawah untuk dapatkan panduan step by step. Kami ajar anda sehingga berjaya.