Categories
EKYC PANDUAN PENGGUNA SIMKAD BEONE

SELF REGISTRATION

BeONE Self Registration EKYC ~ Makluman penting kepada semua pengedar atau BeONE partner berkenaan mekanisme terbaru Pendaftaran Simkad BeONE secara online (atas talian) melalui penggunaan EKYC.

Servis ini membolehkan semua pengguna mendaftar simkad BeONE prepaid dengan lebih mudah dan selamat tak kira masa dan tempat. Keselamatan info peribadi pelanggan juga terjamin. Sila ikuti langkah-langkah mudah ini. Sebelum pengaktifan simkad dibuat, sediakan kad pengenalan (IC) dan juga simkad prepaid BeONE.

NOTA : Sila hubungi dealer BSE sekiranya anda telah membeli simkad BeONE daripada dealer tersebut untuk bantuan pendaftaran.

LANGKAH 1

Imbas kod QR di bawah ATAU KLIK DI SINI untuk memulakan proses pengaktifan simkad. Kemudian pilih REGISTER NEW NUMBER.

QR-code-BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 2

Ambil gambar hadapan dan belakang kad pengenalan atau passport anda dengan cara klik button bulat berwarna putih.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 3

Ambil swafoto atau Selfie untuk tujuan pengecaman muka.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 4

Imbas kod bar di pek SIM beONE Prepaid anda.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

LANGKAH 5

Sila sahkan nombor telefon beONE Prepaid baharu anda dan klik button Yes. Tahniah, pendaftaran simkad dengan nombor baharu anda dah selesai.

BeONE-Self-Registration-EKYC-cara-aktifkan-simkad-beone

TONTON VIDEO

Untuk memudahkan urusan anda, sila tonton video di bawah sebelum mengaktifkan simkad beONE.

BeONE Self Registration EKYC

Kami sediakan sedikit info untuk menambah kefahaman anda berkenaan EKYC.

eKYC bermaksud ‘Electronically Know Your Customer’. Ini adalah proses pengaktifan simkad secara online untuk mengesahkan kad SIM atau eSIM yang baru dibeli secara online didaftarkan oleh pengguna yang benar-benar wujud.

Apa itu eKYC SIM activation?

OBJEKTIF BeONE Self Registration EKYC

  • Untuk mengukuhkan proses semasa on-boarding dan untuk meningkatkan kadar pendaftaran pelanggan yang sah dan tulen.
  • Untuk memastikan bahawa pelanggan baru itu benar-benar wujud dan akan menggunakan perkhidmatan kami setelah berjaya membuat pengesahan.

KELEBIHAN

  • Kelebihan BeONE Self Registration EKYC adalah untuk membolehkan Dealer BeONE memperoleh pelanggan secara dalam talian dan mendaftarkan pelanggan yang jauh dari mereka.

  • Dengan ciri ini, pengedar tidak lagi terbatas pada pendaftaran secara bersemuka dengan hanya promote melalui media sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan lain-lain platform media sosial) atau dalam Messaging Apps ( WhatsApp, Telegram, dll), dan pengedar tetap mendapat insentif yang sama.

BeONE Self Registration EKYC

Harga simkad kini hanya RM5. Internet percuma 500MB dan tempoh sah 30 hari dengan tambah nilai minimum bulanan RM10.

Ada soalan? Klik sahaja button whats app di atas.

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE.