Categories
BERITA KEMPEN

5000 SIMKAD NOMBOR BARU BEONE PERCUMA

Assalamualaikum wbr dan Salam hormat kepada semua rakyat Malaysia. Buat julung kalinya, BeONE Prepaid mengadakan promosi besar-besaran dengan memberi 5000 simkad nombor baru BeONE secara percuma! Ini adalah hadiah yang amat berharga dari BeONE HQ kepada anda semua.

Promosi percuma ini adalah kempen yang pertama kalinya diadakan melalui program BeONE prepaid untuk semua. Dengan pemberian percuma simkad bernombor baru ini, semua pengguna BeONE dapat menikmati dua plan KUASA yang hebat iaitu plan redPASS dan plan RedFAST.

Bagaimana nak dapatkan 5000 Simkad Beone Percuma?

Mudah sahaja, anda hanya perlu berjumpa dengan mana-mana dealer BeONE (BSE) dan dapatkan percuma simkad BeONE prepaid dari mereka. Anda hanya perlu bayar RM5 sahaja untuk kredit yang tersedia dalam simkad. Harga asal simkad adalah RM10. Tempoh untuk anda claim percuma simkad ini adalah bermula dari 18 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021 ATAU sehingga habis stok 5000 simkad yang telah dikeluarkan oleh HQ.

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN DEALER (BSE)

Sebagai dealer atau BSE BeONE, anda perlu ikut langkah-langkah di bawah dan pastikan anda mematuhi SOP ketika membuat pendaftaran simkad untuk pengguna yang anda daftarkan. Ayuh rebut peluang dan tingkatkan pendapatan anda!

LANGKAH-LANGKAH

  1. Tawarkan simkad nombor baru secara percuma kepada pengguna.
  2. Pengguna hanya perlu membayar RM5 untuk credit permulaan simkad.
  3. Sila tuntut jumlah simkad pendaftaran yang telah dibuat dengan BEP anda pada 1 September 2021.
  4. HQ akan pulangkan kepada BEP mengikut jumlah activation NOMBOR BARU DIRECT DAN GROUP SALES yang bermula dari tarikh 18 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021.

SYARAT-SYARAT

  1. Program ini menawarkan 5000 simkad nombor baru percuma kepada semua.
  2. BSE hanya boleh claim dari BEP masing-masing sekiranya anda membuat activation nombor baru dari tarikh 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2021 (tempoh waktu program tersebut berlangsung)
  3. Program ini bermula dari 18 Ogos dan tamat pada 31 Ogos 2021 ATAU sehingga habis stok 5000 simkad pertama.
  4. Tuntutan subsidi simkad percuma nombor baru akan diberikan melalui BEP anda.
  5. Tuntutan yang diberikan adalah untuk simkad bernombor baru sahaja.

BEST KER SIMKAD BEONE NI? JOM TENGOK APA KATA AJIB

https://youtu.be/Ce5lhobBzbg
Ajib Sudah Turun!!

Dapatkan PERCUMA Simkad BeONE Hari Ini Juga!

5000 Simkad Beone Percuma

Tawaran ini bermula 18 Ogos 2021 hingga 31 Ogos 2021 ATAU sehingga habis stok 5000 simkad pertama. Klik button whats app di bawah untuk dapatkan free simkad.

Like kami di Facebook untuk dapatkan update dan promosi terkini BeONE

Categories
BERITA

Percuma 1Gb Data BeONE

Assalamualaikum wbr dan salam hormat kepada semua pelanggan simkad prepaid BeONE. Kami bawakan berita baik kepada anda semua! Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), BeONE HQ memberikan anda percuma 1GB Data BeONE setiap hari. Ini bermaksud pengguna BeONE akan dapat percuma 30GB data setiap bulan sepanjang MCO.

Percuma 1Gb Data BeONE

BeONE Lite!

BeONE Lite merupakan pelan termurah di pasaran. Dengan hanya RM10, pengguna boleh nikmati 1GB Data MCO Setiap Hari, panggilan percuma ke semua rangkaian BeONE, tempoh sah kredit 30 hari dan percuma kredit RM5.

Dengan tambah nilai RM10 kredit, pengguna boleh melanggan mana mana pakej redPASS iaitu redVIDEO, redSOCIAL, redCALL, redSMS dan redMUSIC.

Rakyat Malaysia disarankan untuk melayari www.beonemalaysia.com bagi mendapatkan simkad BeONE Prepaid sekarang juga sebelum ia kehabisan stok.

FAQ Data MCO Percuma BeONE

Percuma 1Gb Data BeONE

Percuma 1Gb Data BeONE

Dapatkan simkad prepaid BeONE hari ini juga!

Kini hanya RM10 dengan kredit RM5 tersedia dan tempoh sah 30 hari. Percuma panggilan tanpa had sesama rangkaian dan data MCO 1GB setiap hari auto renew.

Anda boleh like kami di FB untuk dapatkan lebih banyak info dan promosi menarik dari BeONE.

Categories
BERITA

BeONE Plan di Sinar Harian

BeOne Network Sdn Bhd ditubuhkan pada Mac 2020 hasil dari kerjasama antara BeOne Network Sdn Bhd dengan redONE dan alhamdulillah plan prepaid pertama BeOne mula berada di pasaran Malaysia bermula Januari 2021. Buat masa ini, BeONE mensasarkan penjualan simkad dalam segmen prepaid.

Selain dari menawarkan plan mampu milik kepada setiap pengguna, BeONE juga turut menyediakan peluang menjana pendapatan lumayan sebagai dealer simkad BeONE. Sehingga Februari 2021 lebih 1000 pengguna telah berdaftar sebagai pengedar sah simkad BeOne dan mereka sudah mula menjana pendapatan aktif dan pasif.

Mac 2021, BeONE kini mula mendapat liputan dari media-media tempatan dan terbaru berita mengenai BeONE disiarkan dalam portal rasmi di Sinar Harian. Anda boleh rujuk artikel di bawah mengenai info BeONE yang disiarkan dalam Sinar Harian. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik di sini.

Info BeONE Disiarkan Dalam Sinar Harian Pada 3 Mac 2021

BeONE Tawar Jadi Usahawan Telco

BEONE Network Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan mudah alih untuk internet, data dan teks yang menggunakan rangkaian Celcom mengundang individu yang terjejas dengan Covid-19 untuk meningkatkan pendapatan dengan menjadi usahawan telco.

Ketua Pegawai Eksekutif BeONE, Nazri Saad berkata, program tersebut diwujudkan bermula awal Januari lalu bagi membantu mereka yang diberhentikan, dipotong gaji dan yang ingin menambah pendapatan.

Menurutnya, orang ramai yang masih bekerja juga boleh menyertai skim usahawan BeONE Prepaid untuk menambahkan pendapatan sampingan secara berterusan melalui pelan yang disediakan.

“Kami menjemput anda untuk sertai kumpulan kami dan kami akan bantu anda memulakan perniagaan di BeONE Prepaid. Anda berpeluang mencipta kejayaan dan pendapatan berterusan selagi pengguna yang anda daftarkan kekal menggunakan BeONE prepaid dan membuat tambah nilai,” katanya.

Nazri berkata, mereka menawarkan inisiatif itu kerana berasakan ramai yang perlu dibantu kerana ekonomi yang masih tidak stabil akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak tahun lepas.

“Ramai yang dibuang kerja, kena potong gaji dan sebagainya. Jadi, kami tawarkan mereka sertai kami untuk jadi usahawan telco dalam skim BeONE ini. Yang mahu tambah pendapatan, boleh gunakan inisiatif ini untuk meningkatkan pendapatan. Mereka tidak perlu berhenti kerja,” katanya kepada wartawan Sinar Harian pada Selasa.

Nazri juga mengharapkan agar lebih ramai masyarakat yang masih mencari sumber pendapatan untuk menyertai program usahawan yang dijalankan kerana banyak manfaat yang akan diperolehi.

Katanya, sebanyak 70 hingga 80 peratus daripada 40 juta pengguna telco masih menggunakan perkhidmatan prabayar di negara ini.

“Pasaran kad prabayar sangat besar. Jadi sekiranya mereka ingin mencuba atau nak jadikan bidang telekomunikasi sebagai satu kerjaya, mereka boleh mulakan daripada sekarang kerana hari ini boleh dikatakan majoriti rakyat malaysia memiliki telefon bimbit.

“Kalau nak banding dengan produk lain di pasaran, kita bukan produk sampingan kerana produk telco juga merupakan satu keperluan pada hari ini. Semua orang guna. Pelajar sekolah pun sudah ada telefon bimbit sendiri,” katanya.

Tambah beliau, pihak syarikat juga dalam proses dan perancangan untuk memberikan kebajikan kepada usahawan yang dilanda kematian dan kemalangan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Mohamad Amar Rahman berkata, konsep keuntungan boleh diwarisi diterapkan di dalam perniagaan tersebut.

Katanya, apabila seseorang usahawan yang menyertai skim BeONE dilanda musibah, keuntungan tersebut akan diwarisi oleh warisnya sama ada isteri atau anak-anaknya.

“Contohnya, kalau kerja dekat luar, kita makan gaji. Anak dan isteri tidak akan mewarisi gaji tersebut. Tetapi dengan pendapatan BeONE ini, dia boleh diwarisi ke generasi seterusnya.

“Pendapatan tersebut tidak terputus. Jadi, ini yang kami cuba tunjukkan kepada mereka di luar sana. Tidak kesah mereka berlatar belakang apa. Sesiapa boleh jana pendapatan,” ujarnya.

Ketua Pegawai Jualan, Mohammad Nazrin Zariff pula berkata, penyediaan tempat latihan, modul juga disediakan kepada yang terlibat dalam skim tersebut bagi memastikan mereka mampu memberi penerangan yang tepat kepada pelanggan.

“Kita sediakan latihan, modul bagi menghasilkan usahawan yang berkualiti dengan bermodalkan RM50 sahaja sepanjang hayat,” katanya.

Sehingga kini, katanya, usahawan yang menyertai skim Prepaid BeONE sudah mencecah hampir 5,000 orang dan jumlah itu akan bertambah dari masa ke masa kerana pakej kompetitif yang disediakan.

Menurutnya, bagi mereka yang ingin melakukan pendaftaran, boleh berbuat demikian di https://beone.com.my/beone-exclusive-partners/ atau menghubungi ejen BeONE di kawasan mereka.

Sumber : Sinar Harian

BeONE di Sinar Harian

BeONE Sales Executive

BeONE memberi peluang yang luas kepada setiap pengguna simkad yang berminat nak jana pendapatan dengan menjadi dealer simkad Beone Prepaid (Sales Executive). Pelbagai insentif dan bonus menarik disediakan dan pihak kami akan bantu anda lakukan promosi sekiranya anda daftar sebagai dealer BeONE melalui website ini.

BeONE Plan Sinar Harian

Kelebihan Dealer BeONE

Untuk Ketahui Lebih Lanjut Kelebihan Dealer BeONE, Klik Button Di Bawah

BeONE Plan Sinar Harian

Dapatkan PERCUMA Kit Dealer BeOne Yang Berharga Ratusan RM

TERHAD!! Dapatkan secara PERCUMA Kit Sistem Bantu Mula (S.B.M.) Yang Disediakan oleh Pihak Kami. Kit Ini Terbukti Membantu Dealer Mencapai Unlimited Income di BeOne

Like kami di FB untuk dapatkan update dan promosi terkini Plan BeONE.